Friday, June 19, 2009

TAG DARI KAK IRMA

1. who tag you?
ni la mak buyung yg aku tgok makin comel...1st person kasi aku tag.tq ye.


2. do you like tags?
ni kalu jwb suka mesti kena kasi tag lagi... jawabnya boleh la dr membuang masa duk saje2


3. If you can have a dream to come true,what would it be?
nak jadi seorang yang paling takde masalh dalam dunia..haha.kan best begitu.

4. What is your current mood?
biasa2 je..tu yang boleh ngadap tenet ni


5. What will u do if your crush said he/she adores u to?
say thank you..pernah berlaku masa di USM dulu

6. Will you fall in love with your bestfriend?
tak mungkin!!!


7. Which will you prefer,loving someone or being loved by someone?
rasanya yg kedua tu..sebab lebih selamat.hee


8. What is your favourite food?
masakan kampong2 mcm laksam (ada ulam2)....i love ulam.


9. If the person you dislike is right infront of you,what will you do?
buat bodoh...anggap je takde apa2 berlaku. senang jiwa dan ragaku.


10. What do you pray each day for your loved ones?
diberi kejayaan di dunia akhirat,murah rezeki, limpah dgn ksih syg, djauhi segala kecelakaan, menjadi insan yang soleh


11. How would you see yourself in ten years time?.
dah jadi hajjah..insyaallah.


12. What is the reason that could make you tensed up?
yang menyerabutkan kepala....

13. What kind of person do you think the person who tag u is?
mula2 sapai sdkn dia pregnant anak ke 2...comelnyer. skrg ngandung anak ke 3...cutenyer. rajin dan kreatif pulok. suka wat aku jeles bila tengok pic kek dan kuih2 buatan dia. senyumannya menawan gitu...

14. Would you rather be a single and rich or married but poor?
pilih yang kedua tu sebab married ni kaya dgn kasih sayg.kalu single kaya ngan harta takde makne nyer!!!

15. Would you sacrifice for your loved ones?
sentiasa di sisi saat susah dan senang

16. What's the character must have in your partner?
sharing and caring

17. If you fall in love with to people simultaneusly,who would you like to pick?
yang paling soleh dan tidak memeningkan kepala

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?forget?
tak pernah layan...maafkan aje wpon mulut aku mngomel la jugak lepas geram

19. Do you prefer being single or having a relationship?
yang kedua tu la...baru la dunia ni happening!!!

20. What is your embrassing moment?
saat terkentut dalam selimut masa malam pertama..kuakuaakuaaaaa

21. Who are the 5 person that you would like to tag?
rasa2 nyer nak bagi kat orang yang rajin layan tag.heheee 1. sue hamda 2. kak nurul 3. eryn

Tuesday, June 16, 2009

fahim dan pergerakan barunya

ni la pergerakan baru fahim sekarang....elok2 mama letak dia atas tilam tapi tak lama kemudian dengar la suara fahim marah2.rupa2 nya dah sampai atas dah. jadi mama letak la bantal kat atas kepala dia supaya ada benda menghalang.takut la mam fahim terjelepuk atas lantai pulak.
ni mama snap aksi2 fahim..


dah mula sampai atas...kuat betul fahim ni



mama...bantuan! bantuan!!!

swimming pool

salah satu kesukaan farid ni ialah main air.dulu pernah la mama belikan kolam getah tapi last2 kolam tu rosak. time ada kolam tu bukan main penat mama nak layan farid sebab hari2 nak main air.dah besar panjang ni mama bawa le farid g kolam kat indah jaya kat taman rekreasi.masuk rm5. bagi mama mahal la jugak sebab dulu2 mama masuk swimming pool kat USM cuma bayar 50sen je.heheeee.

bestnyer mandi kolam...tapi farid tak nak pakai google.mama pon tak leh pakai swimming suit mama.abah dah warning awal2..huhhuuu.lamanya mama tak guna swimming suit mama...bestnyer dapat swimming kat penang dulu2 ngn member2.huhhuu

conok si farid ni..sampai lupa abah ngan fahim...tengok aje le. ni dah beberapa kali farid mandi tapi tak pernah puas2 mandi kolam.

tak ingat nak balik farid ni...

Monday, June 15, 2009

fahim and tv

maklum la fahim ni dah makin pandai...mcm2 la gelagat dia kita nk snap. paling comel kalu fahim tengok tv.tak layan dah orang sekeliling..mcm abang farid masa kecik2 dulu jugak.kalu tak kasi tengok tv..merengek2 la si fahim ni..

syoknye..fahim tengok kartun ke?


uishhh..fahim ni

feeding time

feeding time...farid ni kalu tengok fahim minum susu, dia pon sibuk2 la nak susu jugak.mama pon tak leh la nak buat keje lain. sayang betul farid kat fahim. mcm belangkas aje.

jom bang kita main bola...



buah mempelam

ni cerita pasal buah mempelam depan rumah ni. dulu bertahun2 pokok ni hidup tapi tak pernah le berbuah...(menurut tuan rumah sewa aku).last2 mama pon rerajin la letak baja buah..alih2 dh kali ke 2 ni dia berbuah.buahnya pulak..mak oii besor la.mcm tapak selipor jepun mama.heheee tak caye? tengok le sendiri.

farid ni tengok buah pelam ni nk gigit aje.tapi yang pelam ni tak masak lagi.mama sengaja ambik sbb nak buat jeruk pelam.heheee.nak jugak kasi cik ina sebelah makan pelam ni.dia pon nak bersalin dah.kalu dah bersalin nanti kesian cik ina tak merasa pelam ni kalu nk tggu masak.mama lupa nk snap pelam2 lain kat pokok.tapi yang ini la paling besar.yang dulu2 lagi besor..mama makan dgn cik ina sampai tak larat nak telan..sedap and manis sangat.

ini la pelam yg ntah apa nama dia..heheee


Saturday, June 13, 2009

cuti sekolah jun 09

sempena cuti sekolah 2 minggu ni...mama ingatkan nak rehat2 je kat rumah.maklumla mama kan baru jugak habis pantang. last2 mama terasa la boring yang amat sangat pulak. lagipon kesian jugak kat adik mama ni 'ayahcik aqim' tak bawa berjalan ke mana2. so, mama ngan abah pon plan la nak g KK sambil tu transit le kejap mandi ngan ikan kelah kat Ranau.

fish! fish! mama fish!!! farid ni.. (ketawa mama)


farid kegelian!!

abah ngan farid main ngan ikan...menjerit2 farid ni..

seronok bukan main lagi farid bila dapat jumpa air. sambil2 mandi dapat pulak main2 ngn ikan kelah. geli betul bila kena gigit2 manja ngan ikan kelah.



abah buat spa ikan la..banyak betul ikan gigit2 kaki abah..ni mesti ikan betina..hahaa


seronok nyer farid..!!!


geli betul masa kasi mkn ikan


kisah ikan kelah ni mengingatkan mama kat roomate mama di univ. sains malaysia 'usm' dulu nama kak lin.dia student zoologi..setiap hari dia story pasal ikan kelah ni sbb dia buat research tentang ikan kelah.mama ni hanya tengok gambar2 je. last2 dapt jugak mama berkenalan dengan ikan kelah yang berharga tinggi ni. ikan ni jenis friendly. senang didekat. tengok lah gambar2 yang mama snap kat tepi sungai tu.