Thursday, January 15, 2009

farid, koko and putih

hari tu masa pergi pasar tamu mama belikan farid sepasang rabbit. kami panggil yg jantan tu koko and yang betina putih. bukan main seronok farid dapat benda baru.tengok la gaya dia bawa koko and putih jalan2 dengan basikal dia tu.pusing2 habis satu rumah...maunya pening rabbit tu dua ekor...hee


ke hulur ke hilir dlm rumah...

sempat si farid ni tanya rabbit 'pegi mana?'

sayang koko and putih !!! say farid

ni la makanan saya selain carrot and long bean..

teman mengawan saya...hahaaa.

mama pon tak kisah nak layan rabbit ni sebab senang di jaga..taik pon tak busuk macam taik kucing.kalu mama boring2 pon leh main ngan koko and putih ni.manja la si koko.suka gigit2 manja.heheee

Friday, January 2, 2009

profile mama

Nama penuh mama Juliati binti Jusoh dilahirkan di Kuala Terengganu pada 29.01.1981. Anak sulong dari 9 adik beradik. Nama panggilan mama Kak long (dlm keluarga), Jue atau Julia (sepupu dan mak2 pak2 sedara mara) dan Ayang (darling mama).

Mama study di SK Pulau Manis, Jalan Telemong dari 1988-1993. Mama jadi pengawas sekolah dari darjah 3 sampai le darjah 6. Pengalaman kat sekolah ialah mama selalu disuruh cikgu wakil sekolah baca sajak, bersyair, berlakon drama2 BM dan BI, pertandingan memasak, bercerita kisah al Quran dan BM, hafazan dan sukan bola jaring. boleh dikatakan serba boleh la. last2 mama tamat sek ren tu dengan CEMERLANG nya. tak rasa bangga pon sebab mama masa tu poning2 sikit kalu org puji tak makan puji pon.

Mama sekolah menengah di SMK Agama Khairiah Kuala Terengganu dari 1994-1997. Mula2 mama dpt Sek Sult Sulaiman tapi mama tolak alasan dah malas nk bertekak dengan kaum lelaki mcm kat sek rend dulu. Mama selalu disuruh jadi ketua kelas maklum le sek pompuan kan. Dah di suruh jadi ketua kelas..di hostel pulak mama dilantik sbgai pen ketua asrama masa form 2. Mama ni jenis malas sikit bab2 jawatan ni sebab tak larat tapi bila menolak tak dapat malah makin menjadi2 pulok di naik kan jadi pengawas sekolah sampai habis form 5. dah tu di hostel pulok majoriti undian mama dilantik sbgai Kapten. Heran la aku masa tu kenapa la budak2 hostel ni suka sgt nak mendera aku dgn benda2 gini. Mama penah kena kaunseling sebab pegi jmpa cikgu2 nk lepaskan semua jawatan. ish..ish..ish sedis aku kena kaunseling.huahuahuaa.last2 mama cabut dari hostel..senang sikit tak payah lagi jdi KAPTEN. itu pon warden siap belanja pegi minum ngan husband dia pujuk masuk hostel balik. eee..tak mau la!!!
Alhamdulillah mama LULUS PGKT SATU masa SPM.


dah tak nak masuk matrikulasi akaun..mama sambung STPM ke SK Sult Sulaiman.
seronok time ni sebab mama stay kat rumah sewa ngan member2 yang baik2.time ni la mama dah mula rapat dengan orang bernama MUHAIDI MOHAMAD yg masa tu member serapat mama.huhuaahuaa.
mama berjaya habiskan STPM pada tahun 2000 dengan JAYA nya.
masa bercinta..


Tahun 2001 mama ditawarkan masuk ke USM Pulau Pinang kursus Terjemahan dan Interpretasi. sepanjang di USM banyak memori2 indah telah berlaku. Mama telah bergerak aktif dalam kebudayaan USM dan dilantik sbg EXCO KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN Harapan tahun 2002-2003. Mama telah berjaya memperolehi IJAZAH SARJANA MUDA pada tahun 2004.




Tahun 2005 bermula lah karier mama sbg GURU GSTT di SK NONG CHIK Johor Bahru. Mama seronok menjadi guru di sana. Tapi hujung tahun 2005 iaitu pada 10 Nov, mama sudah sah menjadi isteri kepada kesayangan mama MUHAIDI MOHAMAD yang berasal dari SETIU Terengganu. dan mama telah menemani Darling mama ke ILP sandakan sabah dari mula2 kawin sampai le sekarang.


Tahun 2007 mama telah ditawarkan ke KLPI dan berjaya menamatkan kursus itu selama setahun. sekarang mama sudah mengajar di Sandakan Sabah. Mama telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki pada 30.08.06 (farid) dan 21.03.09 (fahim).
syukur alhamdulillah...

kpli 07

kpli 07

my love





Thursday, January 1, 2009

my new page


ingatkan apo lah demo dok bising pasal blog spot ni.rupa2nya kebestan frenster dah kureng2 maka demo2 dok berebut br blog spot la pulok.ni aku pon menyibuk la join2 mana2 page yang happening gitu!! hehee

dah la tu..may be lambat la sikit mende2 yg terbest aku leh upload.maklumla..new staf.wakaakaa